Nasi Arab ( Kaki Gunung Cafe) di Langkawi
Okey siapa yang suka makan nasi arab? kalau yang datang bercuti ke Langkawi hampa boleh pi try makan di Nasi Arab ( Kaki Gunung Cafe). Kedai dia dekat dengan jalan nak naik ke Gunung Raya. Kalau nak ke kedai dia guna wave jer senang, type jer nasi arab gunung raya nanti keluar lah. Okey ntk kesenangan bersama ini alamat kedai tu 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah. Operation hours 11pagi - 11malam, Jumaat tutup okey.
Kalau balik kampung memang akan makan nasi arab ni jer sebab bagi aku nasi arab dia memang tip top mabelesss semua rencah rasa lengkap kat dalam masakan dia. Portion nasi dia tak yah habaq la memang boleh makan ntk dua org dan nasi dia sangat sedap dimakan begitu saja😋 Dari segi harga memang berpatutan dan hampa confirm akan berpuas hati lepas dah rasa makanan dia. Macam-macam menu yg kedai tu sediakan untuk customer depa. Hampa pilih ja okey. Tapi aku selalu pi sana makan nasi arab kaki gunung ayam dan kambing. My fav nasi arab kaki gunung kambing 🐐 hehee. Tak tahulah kenapa mesti nak makan yang ini jer. Padahal menu dia banyak jer lagi, tapi aku tak ambil gambar lah pulak untuk menu dia.
Dulu kedai dia kecik jer, la aku tengok dah besaq dan makin maju, Alhamdulillah. Service pun bagus tip top, so far memang tidak mengecewakan lagik lah. Kalau yg datang dengan kereta tu nanti hampa memang kena parking di tepi2 jalan ja, sbb kedai dia memang betul2 tepi jalan raya. So memang akan penuh lah dengan kereta2 kat tepi jalan tu nanti. Kalau makan kat situ memang terasa makan kat kampung sebabnya dikelilingi dengan pokok rambutan, pokok getah pun ada, pokok apa ntah lagi aku pun tak ingt.uhuhu.. kedai dia sangat bersih jangan risau naaaa..
So selamat mencuba okey!
Comments